Kematian Gebu


Dekat rumah mak mentua ada bela 2 ekor kucing. Sekor nama Garfield. Sekor lagi nama Gebu. Taktau baka apa tapi bulu pesen kembang-kembang. Bukan macam kucin siam atau kucing yang kuruih keding tu.

Kalau tak silap, kucing mak mentua ni kena duduk dalam aircond kalau nak elak bulu gugur. Tapi dalam rumah ni manada aircond. So, duduk dekat luar beranda ja la. So far, so good juga depa duduk dekat beranda tu.

Tapi kelmarin mak mentua kata Gebu tanak makan. Macam sakit. And lepas dengar mak mentua kata macam tu, entah kenapa terdetik dalam hati nak tengok Gebu. Padahal sebelum ni tak. Jarang i tengok depa dekat luar beranda tu. Actually, im not a catlover. So, tak berapa sangatlah ngan kucin-kucin ni.

Cuma kelmarin hati rasa nak jenguk Gebu lama sikit. Mak mentua suap air gula, i tengok. Mak mentua kasi makanan, pun tengok juga. And sampai satu detik tu, i tengok Gebu and dia pun tengok i dengan pandangan yang sesuatu sangat. Tapi i just ignored it. Buat taktau.

This morning, husband bagitau Gebu dah takde. Adik ipar dah kubur. Terkejut betullah sebab baru je kelmarin tengok dia. Terus rasa macam hmm. Bye-bye Gebu.

Mak mentua kata, pagi tu Gebu okey lagi. Mak mentua nak suap air gula tapi nantilah katanya. Bila tengok Gebu sekali lagi terbaring je. Pergi check rupanya Gebu dah takde tapi badan masih panas mak mentua kata.

Pernah baca kat mana entah. Kucing ni kalau mati, dia tak mati depan tuan dia. Tapi kes Gebu ni duduk dalam rumah. So dia mati pun dalam rumah. Cuma tu lah. Sempat juga dia tengok tuan dia, mak mentua i pagi tadi sebelum dia jalan.
Previous
Next Post »