Gigi Pertama Anak


Sebelum ni, asyiklah tertanya-tanya bila agaknya gigi Asyraf nak tumbuh. Tak tau kenapa. Padahal gigi tu memang akan tumbuh pun. Cepat atau lambat je. Yang tak menyabar Asyraf tumbuh gigi tu dah seumpama tak sabar Asyraf membesar pula. Tapi bila dah besar nanti, menggedik sedih pula anak cepat sangat membesar. hailah mak anak satu.

Masuk je umur 10 bulan, heh. Yang ditunggu akhirnya tiba. Simptom-simptom gigi nak timbul.

1. TIDUR MALAM TAK LENA

Beberapa malam tu Asyraf asyiklah terjaga tengah malam merengek tak tau kenapa. Serba serbi tak kena jadinya. Bagi susu takmau. Dia serupa macam mengantuk tapi something buat dia tak boleh nak tidur. Siap pasang segala surah lagi.

Benda ni berlaku beberapa hari jugalah. Kurang dari seminggu kot. Bila tengahmalam menjelang je, kejap-kejap dia terjaga. Kul 12 tengahmalam, kul 3 pagi, kul 5 subuh.

2. DEMAM

Lepas simptom bangun tengahmalam dah stop, tetiba rasa badan Asyraf macam suam-suam kuku. Hati ni dah dapat rasa dia macam nak demam. Esok-esok, memang demam. Mula tu rasa panik sebab nilah first time dia demam. Tanak bagi ubat terus.

For me, selagi boleh elak makan ubat, elak. Tak nak biasakan. Nanti set dalam minda, asal sakit sikit makan ubat. NO. Lagipun, Asyraf masih susu badan and sepanjang dia demam, takde pula lemah lesu. Aktif je. Aktif menyusu, aktif bermain. Makan pun tak menolak. Menganga je.

Masa bath time, kasi dia air suam. Alhamdulillah, panas Asyraf memang cepat sangat berkurangan. Less than 4 hari ke macam tu demam dia dah kebah.

3. GIGI PUN TUMBUH

Selang sehari demam dah hilang, barulah perasan gigi seketul dekat bawah dah munculkan 'diri'. esemennnn. Kena cocok jarum bulan-bulan tak demam. Ni nak tumbuh gigi seketul, demam pula dia. huhu

Tu la kisah sorang mak yang eksaited kemahen bila anak dia tumbuh gigi sebatang.

Fakta atau Auta?

Orang kata, kalau budak belum tumbuh gigi. Jangan disikat rambutnya. Nanti gigi berjarak. Tak tau lah betul ke tak.
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
iam.umifuzy
admin
February 21, 2018 at 4:51 PM ×

pengalaman yg terindah buat ibu dan bapa dan mmg excited sangat ;D

Reply
avatar