Apa benda mitten dan booties ni

Masa duk google nak cari senarai barang keperluan baby dan ibu sebelum bersalin dulu, selalu jumpa perkataan mitten dan booties. Apa mitten dan apa booties eh?

Sebagai mak baru dalam donia keibubapaan ni, i tak boleh nampak noob sangat sebab please lah. Kata nak jadi mak serba hebak kan. Takkan booties dan mitten pun boleh jadi isu? hewhewheww

Then after that, i know lah apa benda dua ketul tu. Sarung kaki dan sarung tangan rupanya. Mitten tu sarung tangan, booties tu sarung kaki. Kan kan?

Okey, perlu ke mitten dan booties ni untuk bayi baru lahir? Sampai umur berapa bayi nak pakai sarung tangan dan sarung kaki tu?

Apa benda mitten dan booties ni
Masing-masing ada pendapat sendiri.

Macam Asyraf, since baru lahir lagi mak i dah pakaikan sarung tangan dan sarung kaki. Alasan mak, sarung tangan tu supaya baby tak cakar muka sendiri. Sarung kaki plak taknak bagi angin masuk.

Tapi sekarang Asyraf dah sebulan lebih. Pemakaian mitten, i dah kurangkan sejak dia umur sebulan lagi. One of the reason i bukak sarung tangan dia ialah i nak skin to skin masa dia menyusu dengan i. Masa baby masih kecik camnilah nak ber-bonda bonding. Nanti dah besar, main je keje. I pun dah jadi melukut di tepian pulak.

Kuku dia i dah potong. Sebagai mak yang berani, i sendiri yang buat. I tak harap orang lain. Takut dorg tak hati-hati kang luka lak jari anak iols yang comel etuu. Penuh teliti tau i buat. Tapi susah jugaklah sebab nak tggu dia tdo nyenyak dulu baru boleh curi-curi potong.

Even dah potong kuku dia, i masih pantau bila tak pakai mitten ni. Muka memang tak cakar. Tapi korek mata pulak. Sebab dari artikel yg i pernah baca, baby baru lahir ni taktau yg tangan tu sebahagian dari diri dia. Tu pasal lah dia boleh cakar muka sendiri, korek mata, tarik rambut. So, be alert.

Masa mula-mula nak tanggalkan mitten tu, i perasanlah yang Asyraf suka sangat genggam tangan dia. Masa mandi pun, nak bersihkan jari bukak genggaman dia tu, punyalah susah. Dia genggam sungguh-sungguh tau.

Bila dapat je buka genggaman tu, adalah kotoran i jumpa dekat celah-celah jari dia. Setiap celahan. I syak kotoran tu dari sarung tangan yang dia pakai. Bukan luar mitten, tp bahagian dalam mitten. Ada habuk-habuk. Kotor kan? hmm

Tu lah nak kurangkan pemakaian mitten ni. Takpelah slow-slow.

Lagipun, bila dapat sentuh jari-jari baby yang comel tu rasa macam ololohhhhhh. Pesal omey angat niii.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Sha Mohamed
admin
May 12, 2017 at 9:54 PM ×

Baby memang suka genggam tangan.. Elok juga kurangkan pemakaian sarung tu.. Boleh bonding lebih dekat.. Chayook.. Chayook..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
May 14, 2017 at 10:47 AM ×

Bestnya ada baby.....

Sis, pasal adsense haritu dah settle ke?

Reply
avatar