Mereput vs Mengumpat

Assalamualaikum, hi.

Dah lama i menganggur lepas dapat berita mengandung hari tu. Dan-dan ngandung, dan-dan tu jugak family pakat suh berenti keja dan lepak je dekat rumah jaga kandungan.

Memula seronok gak takyah serabut pikey pasal keje kan. Tapi lelama, ya Rabbi. Rasa macam duduk dalam gua kot tak bergaul dengan manusia. Mereput.

But then, adalah satu masa tu kengkawan ajak keluar sebab dah lama kan weols tak jumpa. Ko tau lah perempuan ni. Weakness dia, bila dah lama tak jumpa, pastu tetiba berkumpul. Habis sume gosip si itu si ini keluar.

Astaghfirullahalazim. 😂

Lepas tu kan, barulah i sedar. Elok lagi mereput dalam rumah daripada jumpa manusia lepas tu duk mengumpat orang lain buat tambah stok dosa yang memang dah sedia menimbun oii.


Payah jugak ni. Duduk mereput dalam rumah salah, keluar ramai-ramai jumpa kawan duk mengumpat dosa.

Lagipun sekarang, i memang dah jarang jumpa kawan. Sebab most of kawan i pun masih single. I dah kahwin. Ni pun dah memboyot. Rasanya, memang dah makin payahlah kot nak keluar hu ha hu ha lagi. I tak kisah pon. Life dah berubah kot.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
SIQAHIQA
admin
February 3, 2017 at 10:28 PM ×

Life berubah selepas kahwin apatah lagi selepas dapat anak :) Alhamdullilah dan tahniah awak dapat rezeki anak :) Bestnya duduk rumah! Wishlist tueeee. Hehe

Congrats bro SIQAHIQA you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar