Iberet Folic untuk Ibu Mengandung

Dah jadi routine sebulan dua kali kena pergi klinik untuk jumpa nurse sebab kan i ada anemia. Anemia while you pregnant tak elok ye sebab akan effect mommy dan anak yang ada dalam kandungan. So, kena cantikkan HB tiap kali jumpa nurse.

Mari throwback sikit as i anemia masa mengandung which is kesannya kena pada baby. Sian baby mommyyy :-(

Ini rentetan keputusan HB dari awal check sampailah kandungan dah cecah 5 bulan.

7.6
8.2
9.0
9.0
8.6

Its drop! Last jumpa doktor untuk scan baby, doktor kata baby kecil seminggu. Kurang zat besi. Omaigod. My babyyyyy. Ini semua salah mommy.

Masa awal-awal dulu, tekak tak boleh nak terima ubat iberet folic yang doktor kasi. Mungkin alahan di awal mengandung kan? Tak boleh terima bau ubat yang semerbak tu. Even dah telan masuk dalam perut pun, dia punya sisa bau rasa macam naik semula ke hidung and of course sangat mengganggu. Thats why lah boleh muntah kan balik ubat tu. Bayangkanlah, bila tengok kotak ubat tu pun dah rasa loya semacam. Semenjak tu, berhenti sendiri dari terus makan ubat sampai husband tiap-tiap hari suruh makan tapi degil juga punya pasal. Hmm.

Bau semerbak tu 1 hal. 1 lagi bila dah muntah, ya Allah. Imagine ye pagi tu masa teman suami sarapan, tak ikut dia sarapanlah tapi standby nak makan ubat iberet folic tuh. Minum air, telan ubat okey sudah. Suami pergi kerja, i pun buatlah kerja rumah macam biasa. A few hours later, dah rasa mual. Am trying very hard nak tahan dari muntah sebab bau dia dah mula naik sampaikan boleh terhidu dari dalam. Tahan punya tahan, akhirnya muntah jugak.

Masa muntah tu, memang sakit ye puan-puan. Dengan perut yang kosong tak ada isi tapi rasa macam kena push aje dari dalam untuk keluarkan semuanya. Nak keluar apebenda lagi? Sarapan pun belum. Semalam takde makan. Air masa makan ubat tadi awal-awal dah keluar. Sampai nangis dekat bilik air sebab tahan sakit masa muntah.

Tapi bila dah keep muntah macam tu, i nak cuba stop. Dah takde apa nak keluar pon kan. Sambil pegang perut, teringat pulak satu video kartun dekat youtube yang i pernah tengok.



Video yang "Hi Mommy... I love you" tu. Dalam video tu konon baby acah-acah tengah story life dia dalam perut since awal mengandung. Ada part mommy dia muntah sebab morning sickness, baby dalam perut tu say sorry dekat mommy dia. "Sorry mommy" dengan suara yang comel. Tetiba rasa macam baby dalam perut ni tengah cakap macam tu. Minta sorry dekat i sebab dah muntah teruk-teruk. Apalagi, i pun rasa macam termotivati dan reply dalam hati,

"takpe baby. demi baby, mama tahan sakit ni asalkan baby sihat. please grow up macam biasa sayang."

Berdialog dengan baby giteww. Then lepas tu, boleh lah calm down sikit. Take time untuk rest so, baringlah kejap nak meredakan sakit muntah tadi. Sedar-sedar dah terlelap.

Bila nurse kata baby kecik seminggu, rasa macam bersalah betol. Ini tak boleh jadi! Nak tak nak kena juga sumbat ubat iberet tu. Start lah check dekat google cara orang makan iberet folic ni. Macam-macam jumpa dan try ikut cara dorang. Alhamdulillah. Some of them work on me. So, stick dengan cara tu dan setakat ni okey. Mungkin kena dengan cara dan mungkin juga alahan dah takde ke macamana? Tak kisahlah lah as long as dapat makan iberet tu sudah.

Cara apa i praktikkan? Okay lemme share with you guysss.

1. Waktu Makan Ubat
Nurse dah pesan, makan ubat ni masa perut kosong. Lepas makan ubat, jangan makan apa-apa dulu. Waktu paling sesuai diambil ialah pada waktu Subuh. Biarlah ubat tu serap dulu then nanti bolehlah sarapan macam biasa.

Tapi i lain sikit. Since duduk sorang dalam rumah, i praktikkan cara ni. Pagi sebelum suami nak pergi kerja, dia sarapan i makan ubat. Lepas suami pergi kerja, rasa macam free sangat sebab takde baju nak basuh ke apa. I masuk bilik, tidur. Tidurlah lepas makan ubat untuk mengelakkan anda melayan alahan ubat tersebut. Bagi serap habis dulu barulah buat kerja mana tak siap. 2-3 jam macam tu, bolehlah bangun dan makan macam biasa.

Kalau tak nak buat awal pagi, malam sebelum tidur pun okey. Tapi since i ni jenis yang asyik lapar bila malam, so tak bolehlah guna cara tu. Ingat ye. Kena makan masa perut tengah kosong. Fikirlah waktu yang sesuai. Jangan sampai jadi benda yang sia-sia bila makan ubat tu. Maksud sini, makan ubat ikut sukahati tak ikut panduan. Kesannya, penyerapan ubat takkan berlaku dan waste your time je makan ubat kalau macam tuh. Baik tak payah makan kan?

2. Makan Ubat dengan Jus atau Buah-buahan
Nurse dan doktor akan galakkan mommies untuk makan ubat iberet folic ni sekali dengan jus buah yang mengandungi vitamin C supaya ubat dapat diserap dengan lebih cepat. Macam i sendiri, akan ada stok jus oren atau buah oren yang masam-masam manis untuk dimakan sekali dengan ubat iberet tuh. So, sisa-sisa bau ubat tu takdelah terhidu ke apa. Laju-laju kunyah buah oren. Rilek kejap, pastu masuk tidur.

Bergantunglah pada diri sendiri. i ada cuba buah lain macam jus mangga sunquick tu. But cannot. Tak boleh sebab gara-gara minum jus tu lah muntah teruk-teruk. Jadi, setialah bersama oren. Oren, oren dan oren. Eh lagipun okey apa. Kot kulit muka boleh jadi flawless kan makan buah oren je. Hewhew.

3. Larangan Keras
Never ever makan ubat dengan minuman berkafein macam milo, kopi, teh. Please dont. Oh dan juga susu. Jangan ye. Sebab minum minuman tu semua akan menghalang penyerapan ubat. Sekaligus tak ada kesanlah. Sama macam tak makan ubat. Mommies cuma boleh minum dengan air putih atau jus buah-buahan. Tapi its more better kalau dengan buah-buahan. Taklah tekak rasa loya sangat.

4. Trik Makan Ubat Iberet Folic
Daya imaginasi i kuat sangat. Bayangan muntah lepas makan ubat tu rasa macam HD betul lalu dalam fikiran ni. Kalau dilayankan sangat, sure muntah. So, apa yang i buat. Sebelum nak telan ubat tu, tangan dah siap-siap kepit hidung supaya aroma ubat tak terhidu. Nak tau betapa kuat bau ubat tu? Silalah hidu jari yang dah pegang ubat tadi. Nescaya ada. Tapi janganlah dibuat lepas dah berjaya telan. Tak memasal keluar balik pulak kang.

Am very lucky sebab suami sangat membantu. Dia tau bini macam dah trauma dengan ubat tu so dialah insan yang sangat sweet tolong bukakan ubat dari packaging dan akan hulur pada bini dia ni lepas jari dah siap kepit hidung. So, i tinggal nak telan je lah. He do that everyday for me. Kadang, dia yang beriya ingatkan. Thanks husband. :-')

Setakat ni, tu jelah yang dapat i kongsi. Its either lupa atau memang tu je tips and trick nya. First day, memanglah macam susah. Tapi cuba lagi keesokkan harinya. Cuba lagi dan lagi. Nanti lama-lama dah lali lah tu nak makan iberet. Lagi 1, bear in our mind yang kita makan ubat tu bukan untuk diri kita je. Tapi untuk baby yang makin hari makin membesar. Kesianlah dekat baby kan. Banyak yang dia perlukan untuk sihat membesar dari dalam perut kita. Kata nak baby sihat. So, mommies kena tabah.

Selain tu, jangan bergantung harap pada ubat je. Makan makanan lain yang mengandungi zat besi macam jambu batu, ikan bilis, peria, bayam. Ada orang galakkan makan hati ayam. Tapi ada juga yang larang. Takut kesan pada anak. Sebab dalam Islam pun tak bagi kita makan organ dalaman kan. Tapi i tak bash orang yang makan hati ayam tu. Terpulang pada diri memasing. Semua nak yang terbaik. So guysss. All the best for me, dan all the best untuk ada.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Anonymous
admin
February 22, 2018 at 7:38 PM ×

Saya tak kahwin lagi tapi saya ada anemia. Mula2 hb 5.6 tp skrg ni dah 12. Dulu saya pun kena makan iberet folic tp saya tak boleh telan sbb besar sangat. Skrg ni saya mkn sango bion, yg ni rasa dan bau ok sikit.

Congrats bro Anonymous you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar