Zaroll Zariff smule masuk AF 2016

Hari ni aku cuti. Seharianlah duduk rumah sambil tengok televisyen. Tengah tengok astro Ria, ada pula Akademi Fantasia. Semalam masa konsert pertama, aku tak tengok sangat. Itu pun tengok sebab FIL yang nak tengok. Televisyen pula ada sebuah saja. Takkanlah pula nak berebut dengan FIL sebab televisyen kan.

Kalau tak silap, yang aku baru tengok tadi macam diari AF rasanya sebab pelajar-pelajar dah mula diberikan lagu-lagu yang akan mereka nyanyikan pada minggu kedua ni. Satu persatu pelajar muncul di kaca tv. Sehinggalah muncul seorang pelajar yang sepertinya aku kenal dengan hanya melihat namanya saja.

ZAROL

Itu yang tertera pada kaca televisyen. Aku cuba mengamati wajahnya. Mujur saja tiada option untuk zoom. Ya, itulah Zarol yang aku kenali. Zarol Smule. Dia antara penyanyi yang aktif di Smule selain Khai Bahar. Aku sendiri ada akaun Smule dan pernah beberapa kali berduet dengan Zarol. Tapi itu duet syok sendiri namanya.

Siapa sangka Zaroll Zariff atau Zarol yang sudah mempunyai peminatnya tersendiri kini menjadi salah satu pelajar AF 2016. Makin bertambah peminatlah ye Zarol lepas ni. Kalau di Smule saja pun sudah beribu follower apatah lagi selepas menjadi pelajar Akademi Fantasia.

Bukan di Smule sahaja Zarol aktif. Tapi di YouTube juga. Kebanyakkan video yang ada di YouTube pula adalah nyanyian Zarol dan pasangan duetnya dari Smule. Antara penyanyi yang sering menjadi teman duet di Smule adalah Zila Seeron iaitu bekas pelajar AF juga. Sesuai sangatlah jadi pasangan duet kan.

InsyaAllah, Zarol boleh pergi jauh. Paras rupa pun ada, suara pun boleh tahan. So, all the bestlah pada you Zarol dengan yang lain especially Rais ye. Tolong sampaikan salam akak dekat dia. 😂

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »