Sambal Ikan Bilis Ringkas

Nak cerita pasal sambal bilis kali ni. Sibuk sembang dengan mr.B pasal memasak then tetiba boleh keluar idea dia untuk suruh aku masak. Aku pun macam "hah? Aku? Masak?" Hahaaa. Dekat rumah pun aku goreng telur goreng ikan tumis sayur je. Ni nak suruh aku masak pula? Tapi, demi dia. Aku iyakan je. Kengkonon aku masak. Besoknya aku dah kalut nak masak apa untuk dia?

Then aku teringat sesuatu. Dekat rumah sewa masa study dulu, aku pernah masak sambal ikan masin. Boleh tahan sedaplah. Lagipun senang gila nak masak. Resepi dia tak susah. Bahan-bahan pun senang nak dapat. Aku pun cadang nak masak sambal juga. Tapi tukar guna ikan bilis pula.

Duk kelentung kelentang dekat dapur, akhirnya siap sambal ikan bilis aku tu. Lupa nak ambil gambar sebab pagi tu dah kelam kabut nak pergi kerja. Seriouslyyyyy. Masa masak tu, aku just main campak je. Sebab nak cepat. Masuk itu, masuk ini. Tumis lagi. Dapat rasa juga sambal tu tapi just rasa macam tu je lah. Sedap ke tak aku pun tak boleh nak judge.

Lepas dah masak sambal, panas-panas aku sumbat dalam kontena. Tak fikir apa dah. Sebab nak cepat. Masa dah bagi mr.B dengan staf lain rasa sambal segera tu, aku memang tawakal habis. Sedap tak sedap, aku redha. Tengah mr.B duk makan sambal tu, aku jeling-jeling juga nak tengok reaksi dia.

Alhamdulillah. Dorang kata sedap. Aku pun masa tu macam "eh, biar betul?" Sebab aku masak tu dahlah tak ada sukatan. Main campak je pula tu. Dan sekarang dah ada request pula dah dari mr.Ben. Beliau nak 1 kontena penuh. Mak aihhh. Kemain demand tauuu. Dia kata sedap aku masak. Sekarang, bila dia dah buat permintaan suruh aku masak lagi sambal tu. Aku jadi kecut. Boleh sedap lagi ke macam yang mula-mula? High expectation sungguhlah bos aku sorang ni.

Tadi dia ajak pergi supermarket Giant untuk beli bilis. Dia nak aku masak lagi. Aku ikutkan je lah. Malam ni aku ingat nak sedia bahan. Besok pagi tinggal sesi menumis. Harap-harap aku tak kecewakan dia.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
June 15, 2015 at 9:19 AM ×

oklah tu kalau ramai puji sedap.. =)

Reply
avatar
Arpiiz
admin
June 20, 2015 at 1:14 AM ×

Lepas ni boleh lah jual sambal bilis je.hehehe

Reply
avatar