Merepek di Malam Hari

Assalamualaikum.

Aku tak pernah rasa ada abang atau kakak sebab aku lah anak perempuan yang pertama dalam keluarga. Umur aku dah masuk 22. Macam tak percaya aku dah lama tinggalkan zaman kanak-kanak ribena. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Yelah kan , kita hidup ni bukan makin muda tapi makin tua.


Bila duduk termenung sendiri , mulalah berangan nak ada suami. Gara-gara terpengaruh dengan cerita cinta lepas kahwin lah ni. Padahal tak habis belajar lagi.


Aku tak tahu apa sebenarnya motif buat entri ni. Dah penat mengulangkaji tadi. Aku pun merepeklah dalam blog ikut suka hati. Kan F.O.C (baca : free of charge). Kejap lagi nak sambung study. So , nasiblah siapa yang baca entri tak berfaedah ni. Selamat pagi everybody :3
Previous
Next Post »